Takaful; Medical Card & Hibah. Apakah Ia Keperluan? Apa Yang Perlu Diambil Kira?

Sampai doktor pun terkejut tengok bill

Walaupun aku dah tak jadi life planner. Ada kawan² masih tanya apa yang dorang kena consider kalau nak mula mencarum takaful.

Takaful ni instrumen PERLINDUNGAN dan ada konsep derma. Itu main function dia, bukan pelaburan tulen. Kita ambik sebagai persediaan untuk waktu² sukar. Kalau tak kena, alhamdulillah. Yang kita dah mencarum tu auto SEDEKAH untuk ahli @ pencarum lain pulak.

Antara tips penting sebelum korang mencarum:

1. Ambil pelan ikut kemampuan. Taknak tak cukup liputan dan taknak pulak overkill. Kalau tak cukup, tak dapat la benefit yang perlu. Kalau overkill nanti mulalah rasa membazir. 

2. Ketua keluarga (tak kira ayah ke, ibu ke atau anak yang menyara keluarga) paling utama, hibah @ life policy. 

3. Muslim MESTI & KENA ambik takaful berbanding insurans konvensional. Kalau orang promote, tanya dulu konvensional ke takaful. 

4. Kalau ambik medical card, recce sama medical centre atau klinik yang korang selalu pergi. Company mana yang service cantik dan paling penting cepat. 

5. Ambik sebelum sakit. Kalau ada pelan yang boleh ambik time sakit tu kena tanya banyak sikit apa liputan dan perbandingan caruman. 

Untuk detail, boleh google baca atau jumpa dengan ejen² takaful terdekat. Kalau nak tambah point² penting. Silakan.

Write a comment