Bulan puasa ni tak sah kalau tak singgah ke Bazaar Ramadan kan? Siap ada yang sepanjang bulan Ramadan ni, setiap hari tak pernah tinggal lagi ke bazaar.
Air asam atau pencicah dia pun saya guna resepi agak-agak.
Bukannya tak bagus, tapi bagi saya... mana yang boleh jimat, kita jimat. Kat bazaar kebanyakan yang saya jumpa harga jualannya lebih tinggi berbanding biasa. Ada juga yang lebih rendah namun selalunya yang macam saya cakap tadi.
Selera saya sendiri pula sukakan masakan ringkas sahaja seperti ikan, ayam, daging atau apa-apa yang dimasak secara panggang atau bakar. Kalau berkuah pun saya suka masakan campak-campak seperti singgang, masak asam, sup dan seumpanya.
Macam dua tiga hari lepas, kami laki bini dah tepu nak masak. Isteri nak makan kerang rebus, tapi merata cari kedai yang ada, semuanya dah habis. Baru pukul 11 lebih padahal. Jenuh nak kena bermesyuarat balik membincangkan hala tuju iftar kami sekeluarga.
Sudahnya, saya ke kedai abang-abang dari Aceh tanpa petunjuk untuk membeli lauk apa dan sayur apa. Saya gunakan teknik recce dulu apa yang ada, baru fikir nak masak apa. Lauk pertama saya tengok adalah ikan tongkol putih, tapi dah makan dah dua hari sebelum tu. Tangan terus seluk peti oren berisi ais dan sotong sebab nampak segar-segar.
Terfikir terus menu sotong bakar dengan air asam ala thai tu.
Resepi dia pun bukannya susah, perap je sotong dengan kicap, sos cili, sos tiram, serbuk cukup rasa dan saya tabur sedikit garam dan lada hitam. Tak banyak pun sebab makanan laut bakar ni tak sedap kalau masin lebih.
Saya potong dadu halus tomato, bawang merah, bawang putih, serai, daun ketumbar dan cili padi. Kicap lemak manis cap Kipas Udang, Sos ikan cap sotong, cuka, perahan limau nipis, sedikit minyak bijan dan gula garam sebagai pelengkapnya.
Untuk kuah, cukup dengan tauhu telur masak dengan sawi jepun. Tauhu tu saya goreng sekejap sebelum diangkat dan diketepikan dahulu. Bawang putih ditumis sekejap sebelum dimasukkan air dan perasa. Dah mendidih kuahnya saya terus masukkan sawi jepun yang dah dibersihkan dan dipotong besar-besar. Masukkan tauhu dan telur yang dikacau.
Jadilah kuah dan sayur sekadarnya habuan berbuka puasa kami sekeluarga.
Anak-anak pula tak makan sotong bakar. Nasib baik stok tepung gorengan Bistari selalu ada dalam kabinet dapur. Sungguh pelbagai guna lah tepung ni.
Dari masakan ayam goreng, cendawan goreng, sotong goreng, ayam dan udang buttermilk pun kami gunakan tepung Bistari.
Yang ni pula pajeri nenas pemberian pengasuh anak-anak yang dorang panggil mak. Kami bersyukur sangat jumpa pengasuh yang boleh lebih kurang. Kita pun tak lokek untuk memudahkan urusan dia. Dah macam saudara-mara sendiri. Sebabkan tahu dia suka patin tempoyak yang saya masak. Setiap kali balik ke Chenor,Pahang kami bawa balik patin untuk dimasak dan dikongsi. Kalau tak sempat kami beli, mak mertua dah siap-siap belikan untuk kami bawak pulang.
Begitulah apa yang kami buat untuk mengelakkan dan mengurangkan ke bazaar. Usah memenatkan otak yang dah sedia penat dengan memikirkan apa benda lah nak dimasak untuk berbuka.
Walaupun ada yang sediakan menu 30 hari berbuka, selera kita bukannya kena sangat dengan menu orang. Kalau kita plan sendiri pun boleh jadi selera pada hari kejadian beralih pula. Jadinya, kalau malas nak ke kedai, tengok balik dalam peti ada apa dan olah mengikut selera.
Otak tak penat, duit pun jimat.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.