Taman Botani Negara, Shah Alam


Sebenarnya dah lama kami nak pergi ke Taman Botani Negara (TBNSA) yang terletak di Shah Alam ni. Dekat je dengan rumah tapi selalunya ter-melencong ke Taman Tasik Shah Alam je sebab kat situ ada taman permainan dan trek basikal untuk anak-anak mengayuh. 

Hujung minggu lepas kebetulan TBNSA ada buat open day, so kami putuskan untuk ke sana. Buat pertama kalinya. 

First impression, parking yang sangat luas dan tiket masuk yang murah. Kat sini juga sebenarnya tempat penyelidikan botani. KA dimaklumkan banyak universiti yang buat penyelidikan juga dekat sini. 


Kat sini juga ada menyediakan sewaan ruangan untuk acara-acara peribadi dan harganya boleh tengok kat bawah atau boleh call TBNSA untuk senarai harga terbaru.




Kawan-kawan yang pernah datang ada bagitahu kalau ke sini kena banyak berjalan sebab kawasan yang sangat luas. Lepas masuk dalam kawasan TBNSA, tempat pertama kami pergi adalah Taman Haiwan. Mulanya kami jalan kaki je ke sana. Ternyata, memang jauh juga kena menapak. 

Lagi satu, kalau nak datang sini lebih baik datang awal pagi. Sebab redup lagi. Nak datang petang tak boleh sebab TBNSA ni tutup pukul 4.30 petang. 


Tasik yang ada dalam perjalanan ke Taman Haiwan.Cantik juga kan? KA nampak ada aktiviti kayaking, archery dan paintball juga. Tak tahu la samada untuk hari terbuka tu saja ataupun ada sepanjang masa. 




Wajah ceria sebelum masuk ke Taman Haiwan. Sejujurnya Taman Haiwan kat sini pun lebih kurang taman haiwan kat tempat lain dibawah kelolaan kerjaan atau semi-kerajaan. Lebih banyak sangkar dari haiwan. Kenapalah ye susah sangat kerajaan nak bangunkan dan jaga betul-betul tempat macam ni? 



Kesian pony kat bawah ni, hari panas terik dahlah seekor je kat dalam ring tu. Tak ada langsung tempat berteduh. Daripada berdiri sampai terbaring kepenatan. Kan cantik kalau buat tempat berbumbung sikit kat situ. 


Masa ni kami baru lepas berhenti rehat kat pondok sebelah. Anak-anak masih bertenaga siap melompat-lompat. Tengok la kejap lagi mulalah drama.



Nah! Dua-dua dah menunjukkan tanda-tanda kepenatan. Si kakak lagi lah, masa tengah jalan nak keluar dari Taman Haiwan tu, dia dah start duduk-duduk dah. 'Kakak dah tak larat...' Cari point nak berdukung lah tu. Adik dia lagilah, kejap-kejap nak berdukung. Masing-masing berat dah boleh tahan, kalau nak berdukung aje, pisang la kami.


Kami putuskan untuk tunggu trem dekat hentian trem betul-betul depan pintu utama Taman Haiwan. Kami naik trem dengan tujuan untuk ke pagar utama dan beratur ambik trem dari sana untuk ke tempat lain pula. Tapi bila tengok jadual senggang masa yang lama, tak jadi nak tunggu trem. KA cakap baik sewa scooter atau basikal elektrik. 

Tapi sebelum tu kami ke bangunan pusat pelawat. Buang air dan rehat sekejap. 




Cantik bangunannya. Sebabkan hari yang kami pergi tu ada acara hari terbuka, dalam tu banyak lah booth vendor. Ada coway, ada orang jual baju, jual baja, booth-booth dari pihak universiti-universiti dan macam-macam lagi.


Sementara menunggu isteri dan anak-anak masuk tandas, KA pergi ke anjung tengok kawasan padi dari situ. Cantik jugak. Ini kalau padi dah menguning mesti lagi cantik kan. 


Dah siap semua, kami terus ke pondok tempat sewaan basikal dan scooter. Macam-macam jenis ada. Kami ambil basikal elektrik yang ada tempat duduk anak-anak di depan dan belakang satu, satu lagi yang ada belakang sahaja. Harga sewaan masing-masing RM35 dan RM30 sejam. Setiap minit tambahan akan dikira RM0.50 seminit. Masyukkkk...

Tapi percayalah, korang akan menghargai betapa mudahnya bersiar-siar kat dalam tu dengan adanya benda ni. Lagi-lagi yang ada anak kecil. Kalau dah memang niat nak bersenam, menapak jelah. Jangan cakap KA tak bagitahu ye. 



Masa ni kitorang dah smpai kat Kampung Budaya. Ada banyak rumah-rumah tradisional kat sini. Masa tengok brochure ingatkan rumah-rumah ni miniature sahaja. Rupanya memang skala penuh. Geram je nak angkut bawak balik satu. Cantik-cantik, segak-segak dan berbudaya semuanya, macam KA. 


Luas juga belah-belah belakang. Masa kami naik basikal elektrik terus je ke jalan belakang sana, tak juga jumpa empangan apa semua, maknanya jauh lagi lah nak sampai. Sebabkan hari dah makin terik dan Matahari pun dah tegak atas kepala, kami putuskan untuk pusing balik.

Gambar atas ni kami berhenti makan aiskrim, sebab masing-masing duk bising nak aiskrim. Dah makan aiskrim apa semua, sedang elok pula dengan tempoh sewaan basikal elektrik habis. Kami pun terus pulangkan basikal elektrik tu sebelum gerak balik. 

Sebenanrnya banyak tempat yang KA rasa menarik termasuk taman-taman herba dan hiasan. Tapi kena bawak korum yang jenis boleh berjalan merata. Kalau ada anak kecil macam KA ni, susah sikit la. Apa-apa pun, boleh tengok peta lokasi kat bawah ni yang KA ambil dari laman sesawang TBNSA.



Bawah ni gambar parking yang KA snap sebelum bertolak balik. Sangat luas saujana mata memandang. Secara keseluruhannya, boleh lah kalau nak datang. Kalau tak bawak botol air pun masih okay lagi sebab banyak gerai jual air. 


Taman kegemaran KA masih Taman Tasik Perdana @ Taman Botani Perdana. Cumanya, parking secoet sangat. 


Write a comment