Tak tahu dah nak cakap macam mana. Kebelakangan ni makin kerap pula isu kelambatan servis penghantaran dari JnT ni. Dalam FB group komuniti sini pun ramai mengadu.
Ada orang memerlukan barang tu segera. Tapi ada juga komen mengatakan kalau nak pakai segera, pergi la beli walk in. Yang mereka tak tahu, ada barang yang memang susah nak jumpa ataupun tak ada di kedai berdekatan.
Macam KA, baru ni Loki beranak tiga ekor. Seekor tu dia macam taknak menyusukan. KA tahu mungkin anak yang seekor tu tak sihat dan Loki pinggirkan. Tapi kita sebagai tuannya, kesian la jugak. Sekurangnya kita berusaha merawat.
Nampak si putih tu badannya lebih kecil dan kurus berbanding adik-beradiknya yang lagi dua. Nak tak nak, kami pesan susu untuk kucing melalui aplikasi grab. Susu dan feeding nipple. Suap pakai syringe dan pakai feeding nipple tu macam taknak sangat dia. Mungkin sebab muncung keras agaknya.
KA recce puting yang sesuai. Ramai suggest Miracle. Tengok harga boleh tahan. Tanya dalam group memang takde kawasan sini. Sudahnya buka shopee.
Harga keras juga. RM50 lebih juga satu set ni. Yang mahalnya nipple khas tu. Barang lain harga biasa je.
Balik kepada isu delay tadi. Selalunya kalau sama-sama dalam Selangor, paling lama 3 hari dah sampai. Kali ni menguji betul. Semalam baru sampai selepas seminggu pesan. Yang sedihnya, si putih tu dah selamat bertemu pencipta. Sedih sangat.
Nak buat macam mana, ajalnya dah ditetapkan. KA cuma terkilan la dengan servis JnT kali ni.
Set nipple ni KA nak cuba jual balik la kat orang yang berdekatan ataupun sedekah.
Semoga yang lagi dua ketul ni panjang umur sihat walafiyat la hendaknya.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.