Haruman #kunyit dan #lengkuas pasti mengimbau memori anak #muara macam kami.
Tengahari Sabtu yang hangat di kampung kami dulu. Kalau berjalan di antara rumah-rumah perkampungan nelayan.
Aroma gulai lemak ikan aya (tongkol), selayang, lolong (ikan mata besar) pasti membelai hidung menandakan sudah sampai waktu perut diisi.
Aroma yang mengikat memori aku pada Kedai Buloh.
Dulu kalau berjalan di sepanjang tebing sungai di Kedai Buloh akan kedengaran riuh nelayan melepaskan lelah sambil bercerita tentang kehidupan.
Bunyi ngauman mesin penghancur air batu juga.
Bauan asap diesel dan minyak tanah diselang-seli juga bauan asap kretek Gudang Garam. Asap dari tembakau kampung dan daun nipah kering juga tidak ketinggalan.
Yang pastinya bau hanyir yang dikeluarkan daripada perut samudera membuahkan senyuman. Hanyir itu kelak bertukar haruman dari daunan terukir wajah monarki.
#gulailemak #kelantan #kedaibuloh #nelayan #kampung
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.