Kelantan | Kami Pulang

Fuh, alhamdulillah!

Selepas beberapa kali apply, akhirnya wife KA dapat jugak cuti panjang. Wife KA ni susah sikit nak dapat lepas cuti sebab ward dia tak ramai staff. Ni pun lepas Ka cakap kalau tak dapat cuti gak, resign. Haa. Terus dia cakap gitu kat manager dia dan barulah dapat cuti.



So, sabtu petang lepas wife balik dari kerja shift malam sebelum tu kitorang terus gerak. Si kecik pulak dah 3 4 hari tak sedap perut. Tak tahu kenapa taknak makan dan tak nak minum susu sangat. Berat badan pun laju je susut. Pusing jugak la kepala.

Dalam perjalanan dari KL sampai nak keluar dari Bentong Khayla buat perangai. Semua benda taknak asyik nangis je. Tak selesa perut agaknya. Lepas pada tu, mungkin dah penat Khayla langsung tidur. Lama jugak dia tidur.

Sebabkan bukan musim cuti panjang, takde la jem nya. Thankful for that. Alhamdulillah dalam pukul 1 pagi jugak kitorang jejak kaki ke teratak mak ayah.

Khayla tidur kejap je dan sambung balik ngamuk dalam pukul 5 pagi macam tu. Nasib baik lepas subuh tu dia nak tidur balik. Sempat la cas tenaga nak teruskan program.



Program ape? Nanti KA cerita balik. Hee.. 😋

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال