Pages - Menu

14 May 2017

WannaCry | Ransomware Yang Boleh Buat Korang Menangis

Kebelakangan ni KA ada baca banyak laporan pasal ransomware ni. Benda ni merupakan virus untuk komputer yang mana bila satu komputer kena, dia akan lock folders dan mintak tebusan dalam bentuk Bitcoin.


Baru-baru ni British NHS dan German punya train service dah tergendala sebabkan ransomware ni. So, hati-hati lah ye.

Bawah ni KA senaraikan langakah-langkah untuk mengelakkan dan meminimumkan serangan ransomware.

  • Pastikan korang gunakan dan update antivirus yang sah. Bayar lebih sikit berbaloi dari menangis kemudian hari.
  • Jangan sukahati klik je link kat website especially ads kat email. 
  • Jangan bukak email yang korang tak biasa tengok alamat sender. 
  • Selalunya iklan porn yang sering ada virus ni. Padan muka sapa yang tengok dan kena. Lol!
  • Jangan bukak external drive, thumb drive etc. tanpa scan dengan antivirus dulu.
  • Back-up kerja penting dekat cloud or google drive. Jangan install PC app pulak. In case virus ni boleh tembus.
  • Kalau kena je, terus off pc or laptop dan bawak jumpa technician terdekat.

KA harap kita semua dijauhkan dari benda ni. Fuh seram.

Read More »

10 May 2017

RTC Tunjong | Barangan Segar dan Berpatutan

Hari first kitorang kat kampung tak gi mana pun, rehat je. Hari kedua baru kitorang ada program sikit. KA suami isteri ngan mak pergi ke RTC Tunjong. Kitorang gi cari durian dan mempelam. Mak pulak nak cari beras.

Kalau balik kampung, tak sah kalau tak singgah sini dan Pasar Siti Khadijah. Bukan apa, kat dua tempat ni KA dah biasa. Kat Pasar Siti tu biasanya KA singgah beli lauk dan keropok ikan tempat biasa kitorang beli.


Kat RTC pulak, banyak barang segar yang dijual murah dan secara borong. Parking pun banyak dan memang banyak sangat barang-barang yang sinonim dengan Kelantan. Ini termasuk keropok, budu, serunding, buah-buahan dari Siam, jeruk-jeruk dan jugak beras Siam.


Gerai first yang kami tuju adalah gerai mempelam. RM10 untuk dua kilo mempelam boleh campur-campur. Boleh tahan. Buah pun segar-segar dan pejal lagi.


Lepas tu baru kitorang cari gerai yang jual durian. Sebabkan kitorang sampai lewat sikit, tak banyak dah durian borong yang kami jumpa. Nasib baik ada lagi gerai ni yang jual durian kunyit. Kalau beli runcit RM14 sekilo, kalau borong dapat RM10.50 sekilo. Baik ambik yang borong sebab boleh tawar sikit lagi harga.


Ha, itulah hasilnya. Durian ni kalau bukak hari sama isinya dah manis cuma masih pejal sikit. Bagi KA, KA suka. Wife KA suka yang lembik-lembik sikit isinya. Durian kunyit ni kalau yang belum tahu, isinya kuning dan tebal. Tak rasa 'gas' dia sangat. Lemak manis gitu rasa dia.


Lepas singgah RTC kitorang singgah di Klinik Keluarga kat area Wakaf Che Yeh sebab Khayla dah kena inject MMR untuk baby sembilan bulan. Bagi yang tinggal kat area KB, KA rekemen sangat klinik ni. Selesa dan doktor pun ramah. Kemudian kitorang terus ke Kampung Laut, Kok Pasir rumah pakcik KA. Memang full dan padat jadual.

Balik dari rumah pakcik pulak mak masak pulut dan wife KA buat pengat durian untuk kami makan ramai-ramai malam tu. Alhamdulillah... selesa perut.

Read More »

Kelantan | Kami Pulang

Fuh, alhamdulillah!

Selepas beberapa kali apply, akhirnya wife KA dapat jugak cuti panjang. Wife KA ni susah sikit nak dapat lepas cuti sebab ward dia tak ramai staff. Ni pun lepas Ka cakap kalau tak dapat cuti gak, resign. Haa. Terus dia cakap gitu kat manager dia dan barulah dapat cuti.



So, sabtu petang lepas wife balik dari kerja shift malam sebelum tu kitorang terus gerak. Si kecik pulak dah 3 4 hari tak sedap perut. Tak tahu kenapa taknak makan dan tak nak minum susu sangat. Berat badan pun laju je susut. Pusing jugak la kepala.

Dalam perjalanan dari KL sampai nak keluar dari Bentong Khayla buat perangai. Semua benda taknak asyik nangis je. Tak selesa perut agaknya. Lepas pada tu, mungkin dah penat Khayla langsung tidur. Lama jugak dia tidur.

Sebabkan bukan musim cuti panjang, takde la jem nya. Thankful for that. Alhamdulillah dalam pukul 1 pagi jugak kitorang jejak kaki ke teratak mak ayah.

Khayla tidur kejap je dan sambung balik ngamuk dalam pukul 5 pagi macam tu. Nasib baik lepas subuh tu dia nak tidur balik. Sempat la cas tenaga nak teruskan program.



Program ape? Nanti KA cerita balik. Hee.. 😋

Read More »